Home > Agro-industri > Penyelidikan ketam nipah bermutu tinggi

Penyelidikan ketam nipah bermutu tinggi

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedang melakukan kajian untuk membiakkan benih ketam nipah yang bermutu bagi mengelakkan kepupusan ketam tersebut.

Pensyarah Kanan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli UMK, Dr. Lee Seong Wei berkata, kajian itu dengan kerjasama Pusat Pengeluaran Perikanan Ikan Laut, Jabatan Perikanan Terengganu bermula sejak awal tahun lepas dan di jangka siap akhir tahun ini.

Beliau berkata, ketam nipah atau nama saintifiknya ‘Scylia Serrata’ dan lebih dikenali sebagai ketam nyiur di utara Semenanjung adalah antara spesies ketam yang mendapat permintaan tinggi di hotel serta restoran eksklusif.

“Dengan harga pasaran ketam nipah mencecah sehingga RM28 hingga RM40 untuk sekilogram, industri penternakan ketam nipah ini mampu memberi pulangan lumayan kepada penternak berbanding hasil ternakan makanan laut yang lain.

Ini mendorong pihak universiti membuat kajian mengenai pembenihan ketam nipah ini,” katanya kepada Bernama.

Seong Wei berkata, aktiviti ternakan ketam nipah di negara ini masih kurang popular berbanding dengan ternakan ikan dan udang berikutan faktor sumber benih yang terhad dan sehingga kini benih ketam nipah hanya diperolehi daripada sumber semula jadi. – Bernama

Petikan asal: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

Categories: Agro-industri
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: