Home > Dinar dan Dirham > Pandangan Ustaz Rafidi Hashim mengenai standard matawang Dinar dan Dirham

Pandangan Ustaz Rafidi Hashim mengenai standard matawang Dinar dan Dirham

Pada mulanya saya tidak bercadang untuk membahaskan pekara ini secara mendalam tetapi jika ada pihak yang menyempitkan syariat Islam dengan mengatakan hanya dinar 999 dan tidak tercetaknya Ayat – ayat Al Quran diatasnya sahaja ialah dinar shar’ii, saya terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan. Semoga Allah melapangkan dada kita dengan cahaya keilmuan.

Imam Malik telah menjelaskan kepada kita bahawa wang ialah apa-apa barangan yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan tukaran. Dalam Islam, tiada barangan yang boleh dipaksa menjadi wang kerana manusia bebas menggunakan apa sahaja barangan sebagai tukaran.

Takrif juabeli menjelaskan bahawa al bay’ itu ialah al muqabalatu malan bi malin au ain’nan bi ai’nan yakni tukaran antara harta dengan harta atau barang dengan barang. Selagi tidak termasuk dalam jualbeli ribawi ianya dibolehkan.

Soalnya kenapa lafaz bismillah diletakkan oleh Saidina Othman pada koin dirham sasanid Parsi ?

Kenapa Dinar pertama yang dicetak oleh Kerajaan Islam sendiri dibawah pimpinan Khalifah Abdul Malik bin Marwan meletakkan kalimah Allah dan ayat suci Al Quran pada koin dinar tersebut ?

Kenapa Abdul Malik merasakan perlu diseragamkan dinar dan dirham yang ada supaya zakat dapat dibayar menepati suruhan Nabi Muhammad s.a.w ?

Kenapa Imam Malik r.a ketika ditanya tentang ayat suci yang terdapat pada koin dinar dan dirham mengatakan ” Ramai dikalangan para salafus soleh yang mengetahui ketika koin koin tersebut dicetak , tidak ada seorang pun yang membantahnya dan aku tidak lihat seorang pun ulamak yang membantahnya walaupun telah sampai padaku bahawa ibn Sirrin melarang penggunaannya dalam jualbeli, orang ramai terus menggunakannya, aku melihat tidak seorang pun membantah penggunaannya di sini yakni Madinah “.

Apa yang perlu kita faham sebelum kedatangan Islam, orang Arab hanya mengenali wang emas dan perak sahaja. Wang emas mereka sebut sebagai dinar dan wang perak disebut sebagai dirham. Perkataan dinar diambil dari denarius dan dirham dari drachm. Diantara wang emas yang diterima pakai ialah al dananir Hiraqalah ( dinar Heraklus – denarius sollidus Kerajaan Byzantine) dan al dananir al qaysariyah ( Dinar Kaisar Rom ). Wang perak pulak terdiri dari dua jenis , al darahim al musawaddah baghli ( Perak sepenuhnya tapi beratnya dua kali ganda dari dirham mengikut kitab Fiqah – Nuqud m/s 3) dan dirham tabari. Berat wang emas dan perak ini adalah dua kali ganda dari beratnya dinar dan dirham di zaman Islam. Lihat shudhur m/s 4 dan nuqud m/s 24-25. Masyarakat Mekah menggunakan mithqal dalam timbangan mereka. Wang emas dan perak ini diukur dengan mithqal. Rasullullah s.a.w menyebut bahawa sukatan ialah mengikut masyarakat Madinah sementara timbangan mengikut masyarakat Makkah. Sa’ dan Mudd ( cupak dan gantang) ikut Madinah dan mithqal ,uqqiyah dan qirat ikut Makkah.

1 mithqal bukan merujuk kepada berat wang emas denarius solidus dan kandungan emasnya, kerana beratnya bukan 1 mithqal. 1 mithqal mengikut Al Maqrizii ialah 22 qirat (karat) , 1 qirat merujuk kepada 1/24 daripada bahagian perak yang terdapat dalam dinar. Sila rujuk Ighatah Imam Al Maqirizi, beratnya pulak bersamaan bersamaan 4.25 gram. Qirat atau karat telah diketahui masyarakat Arab ketika itu.

Rasullullah menyebut tentang zakat emas dan perak merujuk kepada 5 uqiyah Perak asli bersamaan dengan 200 dirham dan zakatnya ialah 5 dirham dan 20 dinar dengan 1/2 dinar.

Imam Malik menyebut didalam Kitab Al Muwatta’ bahawa sunnah yang disepakati kami ialah zakat dibayar jika sampai 20 dinar emas dan 200 dirham Perak.

Jika kita merujuk kepada Kitab Bidayatul Mujtahid ada satu bab khas yang membicarakan tentang Pertukaran dinar dinar dan dirham dirham dari berlainan jenis.

Didalam Kitab Al Muwatta’ Imam Malik menyebut :

Adalah tidak baik apabila menukar secara timbangan yang sama berat untuk memberi duit syiling emas lama yang elok dan meletakkan bersamanya dengan emas yang belum ditempa untuk ditukar dengan emas Kufah yang terpakai, yang tidak terkenal dan untuk kemudiannya meletakkan pertukaran tersebut sama dengan masalan bi masalin atau sawan bi sawain (sama untuk sama).

Imam Malik berkata, “Sebab mengapa pertukaran ini dilarang ialah kerana pemilik emas yang baik itu menggunakan kecemerlangan duit syiling emas lamanya seperti satu alasan untuk mencampakkan emas yang belum ditempa dengannya. Jika tidak kerana keunggulan (baik) emas keatas emas pihak lain, pihak lain tidak akan menukar emas yang belum ditempa untuk ditukar dengan emas Kufahnya, dan perjanjian aqad ini akan ditolak.

Dinar – dinar dan dirham – dirham yang ada sebelum zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan adalah tidak seragam. Dinar sebelumnya dirujuk disegi bahasa sebagai wang emas. Dinar yang dirujuk oleh Rasullullah s.a.w ialah pada istilah fiqhiyah 1 mithqal merujuk pada timbangan masyarakat Mekah.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan terpanggil untuk mencetak dinar dan dirham kerajaan Islam sendiri kerana ugutan Kerajaan Byzantine mahu meletakkan kata kata penghinaan pada Rasullullah s.a.w pada koin – koin emas mereka dari segi bahasanya dinar mereka. Khalifah bermesyuarat dengan alim ulamak dan pimpinan kerajaan,dengan tercetaklah dinar Islam pertama dengan memakai timbangan mithqal Syria merujuk pada 22 qirat. Pada dinar ini diletakkan kalimah La illa ha illallah dan ayat suci Al Quran. 1 Mithqal menjadi 1 dinar pada bahasa dan pada ukuran fiqhiyah.

1 dinar Fiqhiyah bukanlah denarius solidus.

Dirham juga diselaraskan. Sebelum ini wang perak ada 2 jenis. Dirham Al Musawadah dan dirham tabari. Dirham Al musawadah adalah lebih besar dan lebih berat berbanding dirham Tabari. Kedua dua wang perak ini berasal dari Kerajaan Sasanid Parsi.

Bab Zakat Rasullullah s.a.w menyebut dalam hadis, Al Muwatta’ :

” Tidak ada zakat pada unta yang kurang dari lima ekor, tidak ada zakat pada perak yang kurang dari 5 uqiyah dan tidak ada zakat pada tamar yang kurang dari lima awsaq “.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan bimbang jika zakat dikenakan menggunaan ukuran dirham al musawwadah , maka 200 dirham nisab adalah terlalu besar dan jika dirham tabari digunakan sebagai standard dirham Islam maka akan membebankan pembayar zakat dengan timbangannya yang kecil. Sebelum ini masyarakat Islam membayar zakat perak dengan separuh dengan dirham besar ( al musawadah) dan separuh lagi dalam dirham kecil (Tabari).

Dalam mencetak dirham umat Islam sendiri, dia mengumpul kedua dua dirham, yang besar beratnya 8 danaq dan yang kecil 4 danaq, beliau mengambil 6 danaq sebagai ukuran dirham, yang besar dikecilkan dan yang kecil dibesarkan dengan 2 danaq. Dengan merujuk pada mithqal, dirham ini dengan timbangan 6 danaq apabila ditimbang dengan 7 mithqal akan sama dengan 10 dirham.

Dirham ini mengandungi tiga asas kriteria

utama :

1. Beratnya 7/10 yakni 7 mithqal (dinar) bersamaan 10 dirham mengikut Saidina Umar r.a.

2. Beratnya dirham berjaya diseragamkan tanpa dirham yang besar atau kecil.

3. Dirham ini menepati bayaran zakat yang di

perintah oleh Rasullullah s.a.w tanpa terlebih bayar atau terkurang.

Dalam menafsir hadis kita harus sama merujuk kepada amalan tiga generasi pertama Islam. Mereka lebih memahami amalan sunnah dalam muamalat. Dinar dan dirham Khalifah Abdul Malik bin Marwan diiktiraf ulamak dari kalangan sahabat, tabiin dan at tabiinat tabiin seperti kata Imam Malik. Sahabat – sahabat sekelian ketika membuka kitab hadis , jangan lupa pada Muwatta’ Imam Malik , rekod amalan tiga generasi pertama terutamanya di Madinah Al Munawarrah. Di zaman itu Imam Bukhari dan Muslim belum lagi lahir. Imam Ibn Taymiyah berkata Kitab Muwatta’ adalah ummul mazahib, ibu kepada segala mazhab.

Emas apapun ia hanya alat tukar, dalam bab zakat sahaja kita harus spesifik dalam ukuran yang merujuk kepada dinar dan dirham dalam istilah fiqhiyah. Jangan sempitkan syariat Islam dengan dinar 999.

Oleh: Ust Rafidi Hashim

Categories: Dinar dan Dirham Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: